Lelaki cedera parah ditetak parang di Ipoh, 11 suspek ditahan
Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh, Selasa lalu. Polis menahan 11 lelaki tempatan berusia 22 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.