Penunggang motosikal maut, lima cedera dalam kemalangan di Pusingan P Stapang
Seorang penunggang motosikal maut manakala lima penumpang sebuah Toyota Hilux cedera dalam kemalangan di kawasan Pusingan P Stapang pada petang Jumaat. Pasukan APM Selangau menerima panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi, di mana mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Sekuau. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.