Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah, mengumumkan pejabat, agensi kerajaan dan sektor swasta di Serian yang terjejas dengan darurat jerebu boleh meneruskan operasi dengan langkah pencegahan kesihatan. Bacaan IPU di Serian setakat 10 pagi ialah 334, kategori berbahaya, dan JPBN memantau keadaan sebelum membuat syor lanjut kepada Premier dan Perdana Menteri.