Kafe Secangkir kutip RM9,000 pada hari terakhir operasi selepas pemilik maut
Kafe Secangkir di Kuala Lumpur mengumpul RM9,000 pada hari terakhir operasinya, hasil jualan dan sumbangan pelanggan yang bersimpati selepas pemiliknya, Nur Atiqah Sofiya, maut dalam kemalangan di LPT1 dekat Temerloh. Wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang arwah dan membayar gaji pekerja.