Pasar komuniti Punggol tawarkan diskaun 90% kepada keluarga berpendapatan rendah
Sebuah pasar komuniti yang diuruskan oleh Kelab Komuniti Punggol menawarkan diskaun 90% untuk barangan keperluan kepada penduduk yang memegang kad CHAS biru di kawasan perumahan Punggol Reservoir-Punggol. Inisiatif yang bermula pada Ogos tahun ini ini telah menyaksikan kira-kira 200 isi rumah membuat pembelian setakat ini. Subsidi itu dibiayai oleh geran tahunan $100 bagi setiap isi rumah.