Jerebu: 63 sekolah di Bintulu dan Tatau ditutup hingga 11 September
Semua 54 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Tatau/Sebauh, Sarawak ditutup sehingga 11 September susulan jerebu. Keputusan ini dibuat selepas bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Bintulu mencapai 206, tahap sangat tidak sihat. Seramai 39,744 pelajar terjejas dengan penutupan ini, dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.