Polis Temerloh siasat dakwaan kanak-kanak dikasari di taska Mentakab
Polis di Temerloh membuka kertas siasatan selepas video tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didakwa dikasari pengasuh di sebuah taska di Mentakab. Ibu mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.