1,100 sertai Jiwa Merdeka Fun Walk di Ayer Keroh sempena Bulan Kebangsaan
Kira-kira 1,100 orang menyertai Jiwa Merdeka Fun Walk Hang Tuah Jaya (HTJ) 2.0 di Kompleks Belia dan Sukan Melaka di Ayer Keroh. Acara sejauh 2.5km itu diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berkata sambutan itu menunjukkan semangat komuniti yang tinggi.