Jurulatih Star City FC kesal seri 2-2 dengan Negeri Sembilan
Jurulatih Star City FC, Mehmed Durakovic meluahkan kekesalan selepas pasukannya terlepas kemenangan apabila dibalas gol lewat untuk seri 2-2 dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Star City mendahului 2-0 menerusi jaringan Pedro Henrique Oliveira dan Moses Atede, tetapi Akhyar Rashid menyamakan kedudukan dengan dua gol, termasuk satu pada masa kecederaan.