Shuib sertai aktiviti komuniti di PPR Kampung Baru Air Panas
Pelawak dan usahawan Shuib menghadiri program komuniti pertama kempen 'Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi' di PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Beliau meluangkan masa bersama penduduk dalam pelbagai aktiviti seperti menjadi hos permainan dan mengadili pertandingan memasak. Kempen ini akan berlangsung selama tiga bulan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia sebelum kemuncaknya di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November.