UPM tewaskan UNITEN 48-43 untuk raih emas bola jaring SUKIPT
Universiti Putra Malaysia (UPM) menewaskan juara bertahan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 48-43 pada final bola jaring SUKIPT 2026 di Arena Sukan, UNITEN, Kajang. Walaupun tempoh latihan yang singkat disebabkan komitmen pemain dengan program kebangsaan dan SUKMA, UPM berjaya meraih pingat emas, yang didedikasikan kepada dua pemain senior yang beraksi buat kali terakhir dalam SUKIPT.