Khairul Sarbany juara sulung Terbuka Kinrara Merdeka
Khairul Sarbany muncul juara sulung Kejohanan Terbuka Merdeka Kinrara di Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur. Dia menamatkan saingan dengan agregat 152 pukulan, tiga pukulan di hadapan naib juara bersama M Dzun Nun dan Aidil Asdi. Kejohanan ini dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka kelab dan ulang tahun pertama Greencare Services sebagai pengurus kelab.