Kebun tanah gambut 10 hektar di Kampung Sungai Buntu terbakar
Kebakaran berlaku di sebuah kebun tanah gambut seluas lebih 10 hektar di Kampung Sungai Buntu, Pengerang, Kota Tinggi pada hari ini. Pasukan bomba menerima panggilan jam 1.13 petang dan operasi pemadaman masih dijalankan, dengan 6.07 hektar kawasan berjaya dipadamkan setakat ini.