Penduduk Kampung Penarik solat Jumaat 1.3km dari masjid ditutup
Penduduk Kampung Penarik di Setiu, Terengganu terpaksa menunaikan solat Jumaat di surau kira-kira 1.3 kilometer dari Masjid Penarik yang ditutup sejak September 2025 untuk kerja baik pulih. Penutupan masjid berusia 19 tahun itu dibuat selepas pemeriksaan mendapati struktur bumbungnya berkarat dan tidak selamat digunakan.