Seorang wanita Indonesia yang menetap di Malaysia menawarkan rumahnya di Jakarta sebagai penginapan percuma untuk rakyat Malaysia yang terkandas akibat letusan Gunung Anak Krakatau. Tawaran itu dibuat selepas tujuh rakyat Malaysia sudah menumpang di kediamannya, yang terletak kira-kira 30 minit dari lapangan terbang Jakarta. Letusan gunung berapi itu telah menyebabkan enam lapangan terbang menggantung operasi penerbangan, menjejaskan laluan termasuk Jakarta-Kuala Lumpur.