Polis tunggu ujian darah pemandu lori nahas maut 4 di LPT 1 Lanchang
Polis daerah Temerloh masih menunggu keputusan ujian darah pemandu lori tangki simen yang terbabit dalam kemalangan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 LPT 1, Lanchang, Temerloh pada 31 Ogos lalu. Kemalangan itu mengorbankan empat individu termasuk tiga beranak. Pemandu berusia 52 tahun itu masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh.