Remaja maut, sepupu cedera akibat renjatan elektrik di Kampung Langgar
Seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil mata kail yang tersangkut pada wayar elektrik di Kampung Langgar, Kota Baru. Sepupunya yang berusia 10 tahun turut terkena renjatan ketika cuba membantu dan sedang dirawat di hospital. Kejadian itu berlaku berhampiran longkang air kira-kira 200 meter dari rumah mereka.