Shin Yang beli tanah industri Pending Estate bernilai RM34 juta
Shin Yang Group Bhd sedang membeli tanah industri pajakan di Pending Industrial Estate, Kuching, bernilai RM34 juta daripada pihak berkaitan Forescom Plywood Sdn Bhd. Syarikat itu merancang untuk membina gudang dan depot kontena di tapak seluas 8.316 hektar itu bagi mengembangkan perkhidmatan logistiknya.