Remaja perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Lambir, Miri
Seorang penunggang motosikal wanita berusia 18 tahun maut selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di bahu jalan di KM9 Jalan Lambir, Lebuhraya Pan Borneo Bintulu-Miri. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Miri. Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.