Penyelidik UMS temui spesies kulat baharu di hutan dipulihkan Sabah
Penyelidik Universiti Malaysia Sabah telah mengenal pasti dan mendeskripsikan spesies kulat entomopatogenik baharu, Akanthomyces infaproensis, yang ditemui di kawasan Projek Pemulihan Hutan Hujan INFAPRO berhampiran Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu. Penemuan ini menonjolkan nilai biodiversiti hutan yang dipulihkan dan telah diterbitkan dalam jurnal taksonomi antarabangsa Phytotaxa.