Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ranau-Ranau, Sipitang
Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ranau-Ranau, Sipitang, Sabah, pada petang Ahad. Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang berjaya mengawal kebakaran dalam masa kira-kira 43 minit selepas panggilan kecemasan.