Ahli Lembaga NSFC desak pasukan bangkit atasi defisit dua gol
Ahli Lembaga Pengarah NSFC, Datuk Mustapha Nagoor, menuntut komitmen tinggi daripada pemain untuk mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik Piala FA menentang Kelantan City FC. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek menaiktaraf stadium.