Kelantan tidak akan hentikan aktiviti pendakian selepas insiden enam hilang
Kerajaan Kelantan tidak bercadang untuk menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Gerah, Gua Musang, susulan kejadian enam pendaki dilaporkan hilang pada 29 Ogos lalu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pendaki perlu mematuhi peraturan sedia ada termasuk had umur. Kesemua enam pendaki yang hilang itu telah ditemui selamat hari ini.