Rakyat Singapura terkandas di Jakarta tunggu penerbangan ganti selepas letusan Anak Krakatau
Rakyat Singapura yang terkandas di Jakarta, Indonesia masih menunggu penerbangan ganti selepas pembatalan disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau. Ada yang terpaksa melanjutkan penginapan hotel, manakala yang lain telah mendapat tarikh berlepas baharu tetapi masih tidak pasti sama ada penerbangan itu akan diteruskan.