Geng Man Kuda tumpas: Empat suspek ditahan di Taiping dan Kulim
Polis menahan empat suspek yang dipercayai anggota Geng Man Kuda di Taiping, Perak dan Kulim, Kedah pada 30 Ogos. Kumpulan itu dipercayai terbabit dalam 14 kes samun dan curi kereta di Perak, Kedah serta Pulau Pinang dengan kerugian RM200,000. Polis turut merampas enam kereta curi dan pelbagai peralatan jenayah, serta masih memburu tiga lagi suspek.