Kontraktor didenda RM20,000 kerana gunakan dokumen palsu untuk projek Felda
Seorang kontraktor didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baru selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan projek jalan dan perparitan Felda bernilai RM5 juta. Kesalahan itu dilakukan di Muar pada Februari 2023, dan projek tersebut terletak di Gua Musang, Kelantan dan Batu Pahat.