Perkhidmatan Telegram di Singapura beransur pulih selepas gangguan pagi
Beribu-ribu pengguna Telegram di Singapura melaporkan gangguan perkhidmatan pada pagi 8 Sept. Laporan di Downdetector memuncak pada hampir 4,000 sejurus selepas 10.30 pagi sebelum beransur menurun. Menjelang 11.30 pagi, jumlah laporan telah menurun kepada kira-kira 350 apabila perkhidmatan mula pulih.