Bapa dakwa anak dua tahun alami kesan emosi selepas dilayan kasar di taska Mentakab
Seorang bapa di Temerloh mendakwa anak lelakinya yang berumur dua tahun mengalami kesan emosi dan kerap membentak selepas dipercayai dilayan kasar di sebuah taska di Mentakab. Laporan polis telah dibuat dan JKM Pahang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.