Kerajaan Johor tanggung kos rawatan penuh kanak-kanak diserang anjing liar
Kerajaan negeri Johor akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemulihan Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, yang cedera parah selepas diserang lima anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, Sabtu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Mohd Fared Mohd Khaled, membuat jaminan itu selepas menziarahi kanak-kanak tersebut di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.