Johor lancar operasi besar-besaran tangkap anjing liar di Batu Pahat selepas kanak-kanak diserang
Kerajaan Johor melancarkan operasi besar-besaran menangkap anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diserang lima ekor anjing. Operasi itu melibatkan Pejabat Daerah Batu Pahat, MPBP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan polis untuk memastikan haiwan tersebut bebas rabies. Kerajaan negeri juga komited menanggung kos perubatan mangsa di Hospital Sultanah Aminah.