Anggota bomba Kuala Terengganu alami sesak nafas selepas memadam kebakaran rumah
Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu mengalami sesak nafas dan kebas selepas memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan merosakkan dua lagi di Taman Perumahan Teluk Pasu, Kuala Terengganu, malam tadi. Dia telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dibenarkan pulang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.