Mitsubishi Triton Single Cab AT dilancarkan di Malaysia, bermula RM107,980
Mitsubishi Motors Malaysia telah melancarkan varian Triton Single Cab Transmisi Automatik (AT) di Malaysia. Berharga RM107,980 atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia, iaitu RM3,000 lebih mahal daripada versi manual. Varian baharu ini membuat penampilan sulungnya di MAHA 2026 di Serdang.