Atlet kayak UPSI Syahida Asyiqin Olahragawati SUKIPT 2026, cipta rekod kebangsaan
Syahida Asyiqin Rusli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya. Beliau meraih pingat emas dalam acara TK1 200m wanita dan mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan 56.30 saat pada pusingan kelayakan.