McDonald's Malaysia janji RM50,000 jika pasukan takraw negara menang emas Sukan Asia
McDonald's Malaysia berjanji untuk menyumbang RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sekiranya pasukan negara meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Insentif itu diumumkan pada majlis pelancaran Liga Takraw Nasional MEKDI 2026 di Kuala Lumpur.