Lelaki, 71, ditemui mati selepas jatuh di blok Punggol
Seorang lelaki berusia 71 tahun ditemui mati di kaki Blok 126B Edgedale Plains di Punggol pada petang Isnin. Polis percaya dia jatuh dari ketinggian, dan tiada unsur jenayah disyaki. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.