Timbalan menteri: Projek kesihatan Sarawak perlu sesuai geografi, iklim tempatan
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib berkata perancangan kemudahan kesihatan di Sarawak perlu mengambil kira geografi negeri, pertumbuhan penduduk dan cabaran iklim seperti jerebu dan banjir. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Kementerian Kesihatan Malaysia di Bintulu yang diadakan bersempena mesyuarat penyelarasan projek pembangunan kesihatan bagi zon tengah dan utara Sarawak. Beliau juga menamatkan Jelajah Kesihatan Borneo dengan lawatan kerja ke Hospital Bintulu.