LBS meterai perjanjian pajakan bawa pasar raya Mydin ke KITA@Cybersouth
LBS Bina Group telah memeterai perjanjian pajakan dengan Mydin Mohamed Holdings untuk menjadikan Mydin pasar raya pertama di perbandaran KITA@Cybersouth. Kedai baharu itu dijangka mengukuhkan ekosistem komersial dan memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang di situ.