Pelajar kolej maut selepas motosikal dilanggar lori di Marang
Seorang penuntut kolej berusia 18 tahun maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah lori di Jalan Bukit Kor berhampiran Kampung Rhu Rendang, Marang. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.