Ibu Dr. Ainul pengsan selepas terima berita kematian anak dalam nahas helikopter di Long Lellang
Rogayah Mohd. Noor, 69, pengsan selepas menerima berita kematian anaknya, Dr. Ainul Baroah Kamaruddin, dalam nahas helikopter di Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Marudi. Suaminya, Kamaruddin Salleh, berkata isterinya yang baru pulih dari strok terkejut selepas menerima berita itu. Kesemua lima individu di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut dalam kejadian petang tadi.