Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi melahirkan rasa dukacita atas kematian lima orang dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Terbang di Long Lellang, Baram. Mangsa termasuk empat petugas kesihatan yang bertugas untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti pedalaman Sarawak.