Penyiasat AAIB tiba di Miri untuk siasat nahas helikopter Long Lellang
Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dijangka tiba di Miri hari ini untuk memulakan siasatan nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Sarawak. Kawasan nahas telah dipasang garisan penghadang, dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula. Helikopter BO-105 Perkhidmatan Doktor Udara yang membawa lima orang itu terhempas semalam.