Lelaki 60 tahun cedera ringan selepas pikap terjunam ke gaung di Tatau
Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun cedera ringan selepas pikap yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Budi Nasib Oil Mill, Tatau, Sarawak. Mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pasukan bomba tiba.