PNB lancar sukuk boleh tukar kedua bernilai RM1.22 bilion
Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan tawaran kedua Sukuk Boleh Tukar Bercagar bernilai AS$300 juta (RM1.22 bilion) melalui syarikat tujuan khas (SPV) Mekar Capital II Ltd. yang diperbadankan di Labuan. Hasil terbitan akan digunakan untuk pelaburan dalam aset sukuk global berdenominasi dolar AS, dan sukuk itu boleh ditukar kepada saham biasa SD Guthrie Bhd.