MBPP serbu kedai dobi tanpa lesen di Gat Lebuh Macallum
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu pada Isnin di sebuah kedai dobi di Gat Lebuh Macallum, George Town, kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan sah. Premis itu dikendalikan pekerja asing yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, dan MBPP menyita 38 bekas kain serta peralatan yang menghalang laluan awam. KPDN turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM500 kerana mesin penimbang tamat tempoh dan tiada paparan harga.