Syarikat pemula India gabung deria bau anjing dan AI untuk saring 7 jenis kanser dengan ketepatan melebihi 90%
Syarikat pemula India, Dognosis di Bengaluru, sedang membangunkan teknologi saringan kanser bukan invasif yang menggunakan deria bau anjing yang tajam digabungkan dengan AI. Satu kajian yang melibatkan lebih 1,500 peserta mendapati teknologi ini mempunyai ketepatan melebihi 90% dalam mengesan tujuh jenis kanser utama. Syarikat itu berharap dapat memulakan operasi komersial tahun depan dan sedang merancang ujian klinikal yang lebih besar.