Bekas pekerja taska di Mentakab didakwa aniaya kanak-kanak dua tahun
Seorang bekas pembantu taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah taska di Taman Keramat Indah, Mentakab pada 11 Ogos lalu. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dan kes akan disebut semula pada 14 Oktober.