Mahkamah JB tetapkan 18 Sept keputusan kes empat cedera pembantu rumah
Mahkamah Majistret Johor Bahru menetapkan 18 September ini untuk keputusan terhadap empat individu yang didakwa mencederakan tiga pembantu rumah warga Indonesia. Tarikh itu ditetapkan selepas pengadu menarik balik laporan polis dan bersetuju menyelesaikan perkara di luar mahkamah, dengan kerjasama Konsulat Jeneral Indonesia di Johor.