Bekas pekerja taska didakwa dera kanak-kanak di Mentakab
Seorang bekas pembantu taska berusia 26 tahun, Nor Ain Ashikin Husin, didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh kerana mendera kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah pusat jagaan di Taman Keramat Indah, Mentakab, pada 11 Ogos. Dia mengaku tidak bersalah dan diikat jamin RM5,000. Kes disebut semula pada 14 Okt.