Kastam Rampas Rokok dan Minuman Keras Seludup Bernilai RM1.95 Juta di Lembah Klang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas rokok putih dan minuman keras tidak berkastam bernilai RM1.95 juta menerusi dua operasi khas di sekitar Lembah Klang. Operasi Ops Tembok Besar dan Ops Akur yang dijalankan pada Julai dan Ogos membawa kepada penahanan 38 individu dan pembukaan 38 kertas siasatan.