11 lelaki termasuk pelajar mengaku tidak salah atas tuduhan rusuhan di Air Itam
Sebelas lelaki, termasuk seorang penuntut kolej swasta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown atas tuduhan menyertai rusuhan menggunakan senjata di hadapan sebuah sekolah di Air Itam pada 29 Ogos. Seorang remaja turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang lelaki dalam insiden yang sama.